Monday, March 16, 2009

RuLeS FoR HuMaN ReLatioN

1. Speak to People.... Its a communication of the heart

2. Smile at People.... It takes 72 muscles to frown, only 14 to smile

3. Call People by name..... The sweetest music to listen is the sound of a person’s own name

4. Be Friendly & Helpful.... Make friendship, enjoy the cup of life

5. Be Cordial.... Speak and act with genuineness

6. Be Genuinely Interested.... Be interested in others, show you care

7. Be Generous.... Always be generous with Praise, cautious with criticism

8. Be considerate with the feelings of others.... What you feel, others may not. Be considerate. You, the other person and the right side

9. Be Alert.... Offer your services whatever you can. What you do for others counts the most

10. Add to this a Good Sense of Humour.... A big dose of Patience and a dash of Humility-Get the Rewards many fold.

Saturday, March 14, 2009

WaNitA

Cantik wanita kerana kejernihan wajah

Manis wanita kerana senyuman yang indah

Ayu wanita kerana keserdahanaan lahiriah

Hebat wanita kerana keimanan yang teguh

Sayangi diri.... kasihi diri.... kerana dirimu begitu berharga...!!!!!!!!!!
i need you coz i love you
NOT
i love you coz i need you

SiNaR CiNta

Cinta seperti matahari... ia tetap bercahaya... Walau malam menjelma, cahayanya pada bulan tetap menerangi... kekadang ia juga gerhana tetapi akan kembali jua kecerahannya.

Cinta adalah santapan jiwa... Jiwa tanpa cinta bagai rumah yang kosong... Cinta tanpa menjiwai bagai layang-layang putus tali.

Cinta adalah buta…cinta tidak mengenal usia, paras rupa, mahupun kekayaan dan harta karun, tetapi CINTA adalah keikhlasan dari hati setiap insan antara satu sama lain.

Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan... Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Sayang tidak bermaksud cinta... Suka tidak serasi dengan cinta... Kagum tidak bererti cinta... Bangga tidak semestinya cinta. Cinta adalah CINTA .

Cinta itu seperti sinar matahari, memberi TANPA mengharap kembali... Cinta itu seperti sinar matahari, TIDAK MEMILIH siapa yang ia sinari... Cinta itu seperti sinar matahari yang MEMBERI KEHANGATAN DI HATI..

Cinta umpama ‘treasure hunt’... Cita cita dan tujuan kita satu untuk menuju ke penamat yang paling mengembirakan. Namun di dalam perjalanan kita akan menghadapi pelbagai rintangan dan cabaran. Andainya tidak mampu meneruskan, kita akan tersungkur dan hadiah utamanya akan di kebas orang lain. Tetapi tak usahlah kecewa. Walaupun hadiahnya tidak kita perolehi, tetapi keseronokannya kita sudah rasa. Jadi bercintalah sepenuh hati. Namun jangan letakkan harapan terlalu tinggi.

Kekecewaan terlalu pahit untuk ditelan... terlalu payah untuk dilupakan... namun dalam cinta pasti akan merasai kecewa dan dikecewakan walau bukan itu matlamat dalam setiap percintaan...

Kadangkala orang yang paling mencintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya. Dan bila dia suatu masa hilang dari pandanganmu….kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari….

Cinta suatu yang indah... cinta boleh buat kita gundah... cinta buat hati berdarah... dan cinta jua boleh membawa kesalan yang tak sudah......

Wednesday, February 25, 2009

SmiLe


Ukirlah senyuman yg paling manis...kerana selain sedekah..senyuman itu ibarat lukisan hati... & senyuman itu tidak menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit....

RaHsiA PeReMpUaN

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

6. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

7. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

8. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

9. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

10. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

11. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan ia mengenalimu dengan lebih mendalam.

12. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

13. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

14. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

15. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

16. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

17. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

18. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

19. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

20. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

21. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

22. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

23. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

24. Senjata wanita adalah airmata!!

25. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

26. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

27. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Monday, February 23, 2009

RaHMat UjiAn

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu....
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai banyak tafsiran....
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya....
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Di uji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar di lalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya....
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi....
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmah nya....