Wednesday, February 25, 2009

SmiLe


Ukirlah senyuman yg paling manis...kerana selain sedekah..senyuman itu ibarat lukisan hati... & senyuman itu tidak menyakitkan tetapi menjadi penawar hati yang sakit....

RaHsiA PeReMpUaN

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

6. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

7. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

8. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

9. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

10. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita. Jadi jangan senyum sebarangan.

11. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan ia mengenalimu dengan lebih mendalam.

12. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

13. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

14. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

15. Selepas sorang gadis jatuh cinta, dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

16. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis, cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

17. Bila setiap kali gambar kelas keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

18. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

19. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

20. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

21. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

22. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

23. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

24. Senjata wanita adalah airmata!!

25. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

26. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya. So, kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

27. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Monday, February 23, 2009

RaHMat UjiAn

Dalam derita ada bahagia
Dalam gembira mungkin terselit duka
Tak siapa tahu
Tak siapa pinta ujian bertamu....
Bibir mudah mengucap sabar
Tapi hatilah yang remuk menderita
Insan memandang
Mempunyai banyak tafsiran....
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmahnya....
Harus ada rasa bersyukur
Di setiap kali ujian menjelma
Itu jelasnya membuktikan
Allah mengasihimu setiap masa
Di uji tahap keimanan
Sedangkan ramai terbiar di lalaikan
Hanya yang terpilih sahaja
Antara berjuta mendapat rahmatnya....
Allah rindu mendengarkan
Rintihanmu berpanjangan
Bersyukurlah dan tabahlah menghadapi....
Segala takdir
Terimalah dengan hati yang terbuka
Walau terseksa ada hikmah nya....

Sunday, February 22, 2009

FriEnDs


Sesekali jadilah kawan yang mendengar
Dari hanya yang bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati
Dan perasaan kawan..
Kerana dia juga seorang manusia..
Dia juga ada rasa takut,
Ada rasa bimbang, sedih, dan kecewa
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan
Sebagai kekuatan..
Jadilah kita kawannya itu..
Kita selalu melihat dia ketawa
Tapi mungkin sebenarnya
Dia tak setabah yang kita sangka
Di sebalik senyuman nya itu,
Mungkin banyak cerita sedih
Yang ingin di luahkan
Di sebalik ketenangan nya itu
Mungkin tersimpan
Seribu kekalutan
Kita tidak tahu........tetapi
Jika kita cuba
Jadi sahabat seperti dia
Mungkin kita akan tahu.

Saturday, February 21, 2009

KeSiLaPaNkU


Maafkan aku....
Andai aku terlewat mengucapkan
Ungkapan keramat,
Aku pencinta yang kehilangan kata-kata
Dan masih mencari rasa...

Maafkan aku....
Yang membuat mu menanti,
Aku perindu yang tak setia
Membiarmu renta di mamah usia
Kerana teguh dengan janji mungkirku...

Masihkah kau memaafkan aku
Atas dosa-dosa cinta
Dan tak pernah setia....?
Aku pencinta
Yang kematian kasih sayang....

JiKa aNaK Itu.........

Jika anak itu hidup dalam kritikan,
dia belajar menyalahkan orang lain...
Jika anak itu hidup dalam kekasaran,
dia akan belajar melawan...
Jika anak itu hidup dalam ketakutan,
dia belajar menjadi pengecut...
Jika anak itu hidup dalam iri hati,
dia belajar berasa bersalah...

Jika anak itu hidup dalam kesabaran,
dia belajar menjadi penyabar...
Jika anak itu hidup dalam galakan,
dia belajar menjadi yakin...
Jika anak itu hidup dalam pujian,
dia belajar menghargai...
Jika anak itu hidup dalam penerimaan,
dia belajar menyayangi...

Jika anak itu hidup dalam persetujuan,
dia belajar menyayangi dirinya...
Jika anak itu hidup dalam pengiktirafan,
dia belajar ada baiknya mempunyai matlamat...

Jika anak itu hidup dalam kejujuran,
dia belajar erti kebenaran...
Jika anak itu hidup dalam keadilan,
dia belajar berlaku adil...
Jika anak itu hidup dalam keselamatan,
dia belajar untuk yakin pada dirinya dan pada orang lain...
Jika anak itu hidup dalam kemesraan,
dia belajar bahawa dunia ini adalah tempat yang paling sesuai untuk hidup...

KeNaNgaN SeMaLaM

Dalam rekahan senyum
Ada segaris luka
Yang masih berbisa....

Di balik redup mata
Ada gelora melanda
Yang menambah kecewa....

Bersama alunan merdu suara
Ada sendu dan lara
Yang memati seribu bicara....

Wahai kekasih....
Izinkan ku rawat seluruh sukmamu
Agar kau sembuh....
Dan kita kembali mengayam buih cinta
Menjadi mahligai bahagia......

Saturday, February 7, 2009

SuaMi IsteRi

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi. Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah
Isteri : Kenapa pula?
Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.
Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"
Suami : Berkenaan apa tu?
Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"
Suami : Contohnya?
Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?
Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural
Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang
Suami : Macam mana pula boleh sama?
Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan ?

Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi...

Monday, February 2, 2009

KeCaNtiKaN LeLaKi & KeGaGaHaN WaNitA

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik, adalah

  • lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan.
  • Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
  • Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
  • Lelaki yang tenang dan lapang dada.
  • Lelaki yang baik sangka.
  • Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah, adalah:-

  • Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
  • Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
  • Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
  • Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

KiSaH tAuLaDaN

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup… Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu… Kebahagiaan ada untuk mereka yang menangis.... Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah disakiti.... Kebahagiaan ada untuk mereka yang telah mencari dan telah mencuba....Kerana merekalah yang bisa menghargai.... Betapa pentingnya orang yang telah menyentuh kehidupan mereka

YaNg BerNaMa SaYaNg & BeNcI

Macam mana sy blh sygkn dia..? Soalan ini susah nk di jwb...coz misteri syg serupa misterinya hantu...ia ada tp sukar di kesan...kenapa.? bagaimana.? apa.? siapa.? dan bila.? tatkala telah syg tiada perkataan yg blh memadamkannya....tapi tatkala tlh benci tiada perkataan pula yg blh mengubah nya...selalunya begitu walaupn x smestinya begitu.....Suka dan Sayang 2 perkara yang berbeza...Kita blh suka semua orang dan tidak boleh menyayangi semua orang...Kita blh suka org itu dan kita blh benci org itu dlm sekelip mata..tapi...bila kita sudah syg org itu amat payah untk kita benci org itu...biasanya begitulah.....Maka...sebelum menyayangi seseorg pastikan dia mempunyai semua ciri yang di perlukan..Jika tidak ada cukuplah sekadar suka..Jika tersilap menyayangi insan yg salah kita akan menanggung akibatnya sepanjang hayat..ign membenci diri nya tp kebencian tiada dlm diri...ign pergi jauh darinya tp semakin dekat padanya..Begitulah tamparan sayang..... Sukailah semua org tp sayangilah hanya seorang..sebab syg yg satu akan beralih pada kasih seterusnya menjadi cinta....Jika silap menyayangi org ia sukar diundurkan...Tatkala tlh syg apa ubt pn tiada berkesan.... Jika hati telah syg..pupuk dan kawallah ia..jgn sampai terlalu syg hingga tidak nampak cacat celanya.... Jika hati telah benci...batasi dan kawallah ia...jgn sampai terlalu benci hingga yg nampak hanya cacat dan cela.... Hanya suara hati dari sayang dan benci yg bisa menjawab..........