Sunday, February 22, 2009

FriEnDs


Sesekali jadilah kawan yang mendengar
Dari hanya yang bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati
Dan perasaan kawan..
Kerana dia juga seorang manusia..
Dia juga ada rasa takut,
Ada rasa bimbang, sedih, dan kecewa
Dia juga ada kelemahan dan
Dia juga perlukan kawan
Sebagai kekuatan..
Jadilah kita kawannya itu..
Kita selalu melihat dia ketawa
Tapi mungkin sebenarnya
Dia tak setabah yang kita sangka
Di sebalik senyuman nya itu,
Mungkin banyak cerita sedih
Yang ingin di luahkan
Di sebalik ketenangan nya itu
Mungkin tersimpan
Seribu kekalutan
Kita tidak tahu........tetapi
Jika kita cuba
Jadi sahabat seperti dia
Mungkin kita akan tahu.

No comments:

Post a Comment